Perjanjian Iklim Paris 2015

Perjanjian Iklim Paris (Bahasa Perancis: Accord de Paris, Bahasa Inggeris: Paris Agreement), atau gelaran pendeknya Perjanjian Paris, adalah sebuah perjanjian dalam Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang berurusan dengan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, adaptasi serta kewangan yang berkaitan bermula pada tahun 2020. Isi-isi perjanjian tersebut dirunding oleh wakil-wakil 196 pihak pada Persidangan Pihak-Pihak UNFCCC yang ke-21 di Paris, Perancis dan digunapakai secara ijmak pada 12 Oktober 2015.[1][2] Setakat pada Jun 2017, sebanyak 195 ahli UNFCCC yang telah menandatangani perjanjian ini, manakala sebanyak 148 yang telah mengesahkannya.Dalam Perjanjian ini, setiap negara menentukan, merancang serta melaporkan dengan tetap sumbangan mereka sendiri demi menangani pemanasan global. Tiada mekanisme yang memaksa[3] sesebuah negara menetapkan sasaran tertentu dalam tarikh tertentu, tetapi setiap sasaran baru yang ditetapkan harus pergi melangkaui sasaran yang ditetapkan sebelumnya.

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian Iklim Paris 2015 http://www.abc.net.au/news/2015-12-12/france-prese... http://www.bbc.com/news/science-environment-350921... http://www.cbsnews.com/news/cop21-climate-change-c... http://www.cbsnews.com/news/us-china-enter-climate... http://www.cnn.com/2015/12/12/world/global-climate... http://abcnews.go.com/US/wireStory/paris-climate-a... http://www.hindustantimes.com/india/paris-climate-... http://www.ndtv.com/india-news/india-ratifies-land... http://www.theglobeandmail.com/news/world/optimism... http://europa.eu/rapid/press-release_IP-16-3284_en...